Wednesday, February 15, 2012

AGM

Assalamualaikum,

Ini malam ada himpun,
Satu himpun ini tahun,
Supaya kita dapat turun,
Turun dari penat pulun...

Terhimpun juga sedih gembira,
Sedih bila berpaling muka,
Gembira rasa turun takhta,
Yang mana kita lebih terasa?

Tiada lagi mahu dikata,
Sampai sini akhir bicara,
Semoga lancar AGM hendaknya,
Dapatlah ku turun tiada merana :)




Saturday, January 14, 2012

di Rumah

Assalamualaikum,

Tiada terkata bila bersama,
Mama, Ayah, dan Nuha juga,
Ingin sekali kekal di samping mereka,
Apakan daya waktu hanya seketika.

Tiada juga lupa terkata,
Bila melangkah keluar taman,
Penuh Ilmu dan Budi juga,
Tidak lupa juga sekelian teman.

Nak juga dijadikan kata,
Habis awal balik pun awal,
Seperti bertelur riuh sedunia,
Tiada cemerlang pun padahal!

Tetapi tetap tiada kata,
Bila salah pada si dia,
Kerana hati seperti kaca,
Seribu serpihan dicantum tiada...

Monday, December 5, 2011

T.R.U.S.T

~ TRUST is like GLASS, once BROKEN, it will NEVER be the same AGAIN ~