Saturday, January 14, 2012

di Rumah

Assalamualaikum,

Tiada terkata bila bersama,
Mama, Ayah, dan Nuha juga,
Ingin sekali kekal di samping mereka,
Apakan daya waktu hanya seketika.

Tiada juga lupa terkata,
Bila melangkah keluar taman,
Penuh Ilmu dan Budi juga,
Tidak lupa juga sekelian teman.

Nak juga dijadikan kata,
Habis awal balik pun awal,
Seperti bertelur riuh sedunia,
Tiada cemerlang pun padahal!

Tetapi tetap tiada kata,
Bila salah pada si dia,
Kerana hati seperti kaca,
Seribu serpihan dicantum tiada...

No comments:

Post a Comment